Pada 15.10.2016 (Sabtu) Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Tawau telah bekerjasama dengan Pihak Pengurusan Rumah Wargatua Tawau dalam menjayakan Program Sambutan Hari Wargatua Peringkat Rumah Wargatua Air Panas Tawau, bertempat di Dewan STIA Rumah Wargatua Air Panas Tawau, Sabah. Dalam program tersebut, KIP Mohd Fadly Bin Teppo, Penolong Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah telah menyampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan Sistem Parol dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW), Jabatan Penjara Malaysia di Negeri Sabah. Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Tawau juga telah lama menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan pihak Pengurusan Rumah Wargatua Air Panas Tawau dalam pelbagai bidang antaranya bantuan khidmat komuniti iaitu seperti membersihkan kawasan sekitar Rumah Wargatua dengan penglibatan Orang Diparol dan Pesalah PKW serta Pegawai dan anggota Parol Daerah Tawau. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah Pembantu Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Pang Nyuk Ming, Penguasa Rumah Wargatua Air Panas Tawau, Tuan Taufiq Leong dan Kakitangan, Timbalan Penguasa Penjara Choimmber Tain Wakil Pengarah Institusi Penjara Tawau, pegawai-pegawai Parol Daerah Tawau, PPIP Institusi Penjara Tawau dan orang Diparol.
|