Pada 21 dan 22 Oktober 2016, Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu telah mengadakan Program Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Bagi Tahun 2016. Seramai 27 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ini diadakan bagi melayakkan para pelajar untuk menerima Pingat Perak dan Gangsa di dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 11 orang peserta Perak dan 16 orang peserta Gangsa berjaya menamatkan perkhemahan ini dengan jayanya. Antara pengisian program perkhemahan ini ialah Pertandingan Memasang Khemah, Latihan Dalam Kumpulan, Pertandingan Kebudayaan, Kembara Malam dan Pertandingan Kawad Kaki. Majlis Perasmian Penutupan Program Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, PKP Lim Kim Mooi.
|