Pada 24.10.2016 (Isnin), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah/W.P Labuan melalui PPD Sandakan telah menganjurkan Program Temu Seru Parol, Penjara Negeri Sabah. Program tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah. Turut hadir TKP Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah/W. P Labuan bersama-sama PP Hamdan Salleh bin Majin, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PPPNSL, PP Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan serta PPD Sandakan dan PPD Negeri Sabah dan kakitangan Penjara Sandakan. Program tersebut melibatkan Sesi taklimat berkaitan Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Sesi Temubual bersama ODP dan Pameran Jabatan Penjara dan Agensi lain yang terlibat. Selain itu juga, turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Majikan dan NGO yang bekerjasama dengan PPD Sandakan. Masyarakat setempat juga turut hadir pada program tersebut.
|