| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong Royong Dan Khidmat Bakti Orang Diparol Bersama Komuniti

Pada 11 November  2016 (Jumaat), jam 08.30 pagi bertempat  Muzium Negeri Melaka telah diadakan Program Gotong Royong anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka  bersama Parol Daerah Melaka Tengah. Seramai 25 ODP  hadir pada program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk HJ. Khamis bin Hj.Abas, Pengurus Besar PERZIM dah turut hadir TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja taklimat  ringkas mengenai pembahagian tugas diberikan dengan membuat kerja-kerja kebersihan di kawasan sekitar Muzium.

Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan perlancongan. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan  tarikan pelancong. Aktiviti gotong royong ini berakhir pada jam 11.00 tengahari setelah semua hadirin menikmati jamuan ringan. Pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.