Pada 14 November 2016 (Isnin) bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Negeri Melaka kepada pasukan menembak penjara negeri Melaka. Seramai 9 peserta terdiri daripada anggota seluruh Institusi Penjara Negeri Melaka hadir untuk program tersebut.
Aturcara dimulakan dengan Gimik penyerahan Bendera Negeri Melaka daripada TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka kepada Pengurus Pasukan Penjara Negeri Melaka. Aturcara diakhiri dengan amanat daripada daripada TKP Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan bacaan doa. |