Pada 02 Februari 2015 bertempat di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah diadakan Perhimpunan Setia yang telah disempurnakan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang . Antara susun atur majlis yang diadakan ialah majlis pemakaian pangkat (2) Inspektor Penjara, (3) Sarjan Penjara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan (1) Koperal Penjara Khas Untuk Penyandang (KUP), pemakaian 4 Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), 9 Pingat Perkhidmatan Am (PPA), 1 Pingat Cemerlang Penjara (PCP), 5 Pingat Am Penjara (PAP) dan 6 Sijil Penghargaan bagi tahun 2014. Majlis dihadiri seramai 24 Pegawai Kanan, 82 Anggota dan 14 Kakitangan Awam Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
|