Pada 05 Januari 2015, seramai 47 orang Peserta Kursus Lanjutan Pengkhususan Penjagaan Kesihatan Primer Sesi September 2014 dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta Perak telah membuat lawatan sambil belajar di Sekolah Henry Gurney Melaka. Delegasi lawatan ini diketuai oleh En Khairuddin Mohamed Azahari Penyelaras Kursus Kursus Pengkhususan Penjagaan Kesihatan Primer. Lawatan ini adalah sejajar dengan kehendak kurikulum untuk mendedahkan peserta kepada aktiviti pemulihan yang berkaitan dengan Program Kesihatan Remaja. |