| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Dengan Ketua Pengarah Penjara Malaysia

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia iaitu YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam telah mengadakan perjumpaan bersama YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Ibu Pejabat Penjara Malaysia pada 5 Februari 2015 (Khamis). Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan prosedur dan hukuman tatatertib yang dilaksanakan di Jabatan Penjara Malaysia.

Perjumpaan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Lawatan ini telah dikelolakan oleh unit Integriti IPPM. Selain daripada itu perjumpaan ini turut dihadiri oleh Puan Lim Mooi Eia Timbalan Setiausaha (S) dan pegawai-pegawai SPA manakala di pihak Jabatan Penjara turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) iaitu YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, TKPj Haji Ahmad Faudzi bin Haji Awang, PKK Ku Nawawi bin Ku Hamid Pengarah Unit Integriti, Encik Fazril Sani bin Mohamad Fadzil Ketua unit Undang-Undang Jabatan dan beberapa lagi pegawai lain.