Pada 11.02.2015 (Rabu), Penjara Pokok Sena telah menerima kunjungan rasmi daripada Yang Arif Tuan Hakim dan Tetuan Peguam Syariah Negeri Perlis. Tujuan lawatan adalah untuk melihat sendiri kehidupan banduan sewaktu menjalani hukuman di dalam penjara. Selain itu, rombongan juga di bawa melawat ke bengkel-bengkel di dalam penjara untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk penjara yang dihasilkan oleh penghuni melalui program pemulihan yang mereka jalani. |