13 Februari 2015 - Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad telah menerima Lawatan Kerja oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar. Bertempat di Dataran Agro, ketibaan YBhg. KJP Dato Sri telah disambut oleh PKP Hj Mohamed Bin Hj Musa, selaku Pengarah Penjara DDM, pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat serta kakitangan awam. Aturcara lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengarah Penjara DDM, jamuan makan dan sesi bergambar. YBhg. KJP Dato' Sri juga dibawa melawat ke Projek Ternakan Ayam "Juara Kampung".
|