| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Seminar Kebajikan Anggota Jabatan Penjara Malaysia Dan Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Perwira Negara, Peringkat Zon Selatan Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 17 Februari 2015, bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Simpang Renggam, Johor  telah berlangsung Majlis Penutupan Seminar Kebajikan Anggota Jabatan Penjara Malaysia dan Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Perwira Negara Peringkat Zon Selatan. Majlis dirasmikan oleh YBhg. KJP  Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia,  turut serta TKPj Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, TKPj Tan Tian Heng Pengarah Penjara Simpang Renggam dan juga urusetia Tabung  TAPPN En Aswanjaya bin Abdul Karim.
Aturcara majlis di teruskan dengan penyampaian CHEQUE TAPPN kepada balu arwah WP 16146 Addy Alba bin Mustafah dan KPL 10112 Abu Bakar bin Ibrahim. Majlis  juga  turut dihadiri oleh ketua-ketua institusi Zon Selatan  dan seramai 123 orang kakitangan Jabatan Penjara Malaysia Zon Selatan.
Seminar ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan Dana Kebajikan Sepusat Jabatan Penjara Malaysia untuk membantu mana-mana kakitangan dan keluarga yang memerlukan bantuan segera apabila ditimpa apa jua kemalangan, kejadian bencana alam, penyakit kronik dan apa jua kesusahan yang layak untuk diberi bantuan dan juga Memupuk rasa tanggungjawab pihak pengurusan jabatan kepada semua kakitangan dan ahli keluarga dalam aspek kebajikan diutamakan.