| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Dan Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP) Penjara Bagi Negeri Johor Tahun 2015 & 2016

Pada 10 Mac 2015 (Selasa), bertempat di Rumah Kelab Penjara Simpang Renggam telah diadakan Mesyuarat dan Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP) Penjara Bagi Negeri Johor Bagi Tahun 2015 dan 2016. Seramai lebih kurang 60 orang Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Johor turut hadir.


Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Amran bin A. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Dr. Asrul Anaz bin Mohamad Any, Timbalan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam (KDN) . Majlis juga turut dihadiri oleh TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKK Ramli bin Osman, Seksyen Pemulihan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah Institusi Zon Selatan.