| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Dan Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP) Penjara Bagi Negeri Sembilan Tahun 2015 & 2016

Pada 25 Mac 2015 (Rabu), bertempat di dewan Negeri Sembilan Women's Organisation (NSWO) telah diadakan Mesyuarat dan Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP) Penjara Bagi Negeri Sembilan Bagi Tahun 2015 dan 2016. Seramai lebih kurang 15 orang Ahli Lembaga Hakim Pelawat Negeri Sembilan turut hadir.


Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Ibrahim bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan turut dihadiri oleh Dr. Asrul Anaz bin Mohamad Any, Timbalan Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Pertahanan Awam (KDN) . Majlis juga turut dihadiri oleh PKK Zainah binti Pardi, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban, PKP Mohd Andri bin Md. Ridzwan, Pengarah Institusi Pemulhan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan, PP Muhammad Asri bin Sabu, Pengarah Parol Negeri Sembilan dan TPP Wan Rosli bin Dollah, Komandan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.