Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Ihtifal Kesenian Islam Peringkat Penghuni Penjara Zon Sarawak Jabatan Penjara Malaysia 2015 yang disertai oleh 37 orang penghuni dari institusi penjara seluruh Sarawak. Majlis yang berlangsung selama 3 hari mulai 8 hingga 10 April 2015 telah dirasmikan oleh TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan. Turut hadir ialah TKPj Abd Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta rombongan dari Penjara Brunei Darussalam.
|