| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan International Committee Of The Red Cross Di Penjara Taiping

Seramai 5 orang pegawai dari International Committee Of The Red Cross telah membuat lawatan rasmi ke Institusi Penjara Taiping pada 13 April 2015 hingga 17 April 2015. Delegasi ini diiringi oleh 2 Pegawai dari IPPM iaitu PP Vijayan a/l Krishnan dan IP Mohd Dehya Bin Arshad. Peserta rombongan telah disambut oleh PKK Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Taiping, PP Murali A/L Rajoo, Pegawai-pegawai Kanan dan Kakitangan Penjara Taiping.


Para peserta rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh PKK Shukri Bin Saad. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau dan memastikan pematuhan norma dan standard piawaian antarabangsa terhadap keadaan dan layanan di pusat-pusat tahanan di Malaysia. Secara keseluruhannya Lawatan dari International Committee Of The Red Cross telah berjalan dengan lancar dan serba sedikit  memberi pengetahuan  terutamanya dari segi sejarah penubuhan Penjara Taiping hingga  pembaharuan yang dialami dari aspek peraturan , pengurusan dan pembangunan insan.