| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Menembak Siri 1 & 2/ 2015 Penjara Pusat Sibu

Pada 15 & 16 April 2015, Penjara Pusat Sibu telah mengadakan ulangkaji Teori Menembak yang dijalankan di Bilik Mesyuarat Penjara Pusat Sibu, manakala latihan menembak Siri 1 & 2 berlangsung pada 22 dan 23 April 2015 (Rabu dan Khamis) bertempat di Lapang Sasar PGA Bt. 14 Jalan Sibu-Bintulu. Seramai 137 orang pegawai dan anggota termasuk pegawai Parol Daerah Sibu terlibat dalam latihan menembak tersebut. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan pegawai dan anggota dalam mengendalikan senjatapi semasa menjalankan tugas harian seperti kawalan menara dan tugas pengiringan. Latihan ini dikendalikan oleh Unit Latihan Institusi dengan kerjasama UKP Penjara Pusat Sibu.