Majlis jalinan kasih banduan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan dalam Program Pemulihan Penghuni, Jabatan Penjara Malaysia. Antara objektif program Jalinan Kasih ialah memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan di kalangan penghuni serta ahli keluarga, menyedarkan semua penghuni maupun keluarga bahawa hubungan kekeluargaan amatlah penting dalam memulihkan penghuni serta mewujudkan kelompok masyarakat yang harmoni dan seterusnya memulihkan penghuni untuk meningkatkan jati diri serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.
|