Pada 23 Jun 2015 bersamaan 6 Ramadhan 1436H, Penjara Wanita Kota Kinabalu bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Sabah telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan "Sejernih Ramadhan" bertempat di Dataran Penjara Wanita Kota Kinabalu. Antara tetamu yang hadir adalah Pengarah dan kakitangan JAKIM Sabah, Yayasan Dakwah Islam Zon Sabah (YADIM), Ibu Pejabat Penjara Negeri Sabah, Penjara Pusat Negeri Sabah dan Parol Negeri Sabah. Program ini turut melibatkan seluruh kakitangan dan 100 penghuni di Penjara Wanita Kota Kinabalu.
|