25 JUN 2015 : Penjara Pra Bebas, DDM telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan bersama kakitangan dan keluarga. Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunus Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau & Inovasi Negeri Melaka. Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, CEO Perbadanan Bioteknologi Melaka, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTEM, Ketua Unit Inovasi & Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Melaka. Majlis dimulakan dengan jamuan berbuka, solat maghrib berjemaah, tazkirah, ucapan Pengarah & YB Datuk Wira, solat Isyak & Tarawih serta jamuan moreh.
|