| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu bersama UiTM Kota Kinabalu: Semai Budi, Beri Kasih III (SEBERSIH 3)

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Kota Kinabalu telah mengadakan Program Semai Budi, Beri Kasih III (SEBERSIH III) di Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu pada 29 Ogos 2015. Seramai 30 orang pelajar UiTM dan 2 orang pegawai pengiring terlibat dalam program ini. Program ini adalah kesinambungan dari program SEBERSIH I dan SEBERSIH II. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar yang terlibat meningkatkan tahap interaksi ilmu dan kemahiran sosial dalam kalangan mereka. Antara aktiviti yang diadakan ialah slot Ice Breaking bersama pelajar, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) I dan II, dan sukaneka. Seramai 30 orang pelajar Sekolah Henry Gurney (Wanita) terlibat di dalam program ini. Program ini telah memberi impak yang besar dalam membina keyakinan diri para pelajar disamping memberi motivasi kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.