| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Kerusi Roda Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka 2015

Bertempat di Cafeteria Penjara Sungai Udang, Melaka pada 1 September 2015 (Selasa) telah diadakan Majlis Penyerahan Kerusi Roda dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka untuk kegunaan kesihatan penghuni Penjara Sungai Udang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Latipah Binti Omar, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Turut hadir ialah En. Zulyadain Bin Limat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan PKP M.Zainuddin Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah mewakili TKP Nor Afifi Bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Pada majlis tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka telah menyumbangkan sebanyak 5 buah kerusi roda.