23 Ogos 2015 : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad telah menerima lawatan sosial oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunus Bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau & Inovasi Negeri Melaka. Bertempat di Dataran Agro, aturcara program dimulakan dengan pertandingan memancing, cabutan nombor bertuah, jamuan makan dan penyampaian cenderahati.
|