Pada 18 September 2015, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Perasmian Dewan Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu yang diberi nama 'Dewan Rafflesia'. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh TKP Abdul Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah diiringi oleh PKP Nora binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Pusat, Ketua Sektor Akademik dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh para pelajar. Kemuncak majlis perasmian adalah acara Memotong Pulut Kuning dan Menandatangani Plak Perasmian oleh TKP Abdul Basir bin Mohamad.
|