| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Penjara Reman Johor Bahru

Pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi, Penjara Reman Johor Bahru telah mengadakan aktiviti sukan bersempena Hari Sukan Negara 2015 bertempat di Kelab Sukan dan Rekreasi Penjara Reman Johor Bahru. Majlis telah  dihadiri Pengarah Penjara Reman Johor Bahru, pegawai dan anggota melibatkan 80 orang kakitangan.  Di antara pengisian pada hari tersebut adalah aktiviti senamrobik,  acara sukan street soccer, sepak takraw, catur, karom, dart dan dam haji. Pasukan Futsal Penjara Reman Johor Bahru juga telah menyertai Kejohanan Futsal Piala Pengarah JPJ Johor bersempena Hari Sukan Negara dan telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut.