Pada 22 September 2015 (Selasa), Pusat Koreksional Puncak Alam telah mengadakan majlis pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat Institusi. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh PKP Zulia Binti Khamis @ Ahmad Kamil, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan gimik perasmian. Perlaksanaan EKSA di Pusat Koreksional Puncak Alam dibahagikan kepada 7 zon utama iaitu Zon Al-Khawarizmi, Zon As-Syafie, Zon Al-Razi, Zon Al-Khindi, Zon Al-Biruni, Zon Al-Kashi dan Zon Al-Farabi.
|