Pada 9 Oktober 2015, Unit Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Forum Hal Ehwal Islam sempena Hari Raya Aidiladha 1436H/2015M peringkat penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu yang melibatkan seramai 75 orang penghuni. Panel forum terdiri daripada dua penceramah dari Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Zon Sabah manakala moderator dari Penjara Pusat Kota Kinabalu.
|