| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Restu Ilmu & Graduasi O/Tahanan Pusat Pemulihan Akhlak Muar

Pada 22 Oktober 2015 (Khamis), Sektor Pendidikan Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan Program Restu Ilmu Dan Graduasi O/Tahanan yang diadakan di perkarangan PPA Muar. Program telah dirasmikan oleh Komisioner Hj Abd Wahab Bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut hadir Ketua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas, Pn Norbiha Binti Buang, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Daerah Muar, Dr Lau Keen Lee, Ketua Sektor Pendidikan IPPM, Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat, dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Muar. Program yang  melibatkan seramai 22 orang tahanan ini turut dihadiri oleh ahli keluarga tahanan.