Pada 05 November 2015 (Khamis), Penjara Simpang Renggam telah mengadakan program memasak bubur Asyura untuk kakitangan Penjara Simpang Renggam Johor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan dan keluarga serta memupuk semangat kerjasama dalam aktiviti gotong-royong yang dijalankan. Turut hadir dalam program ini ialah PKP Azman Bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam.
|