Pada 14 November 2015 (Sabtu), telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Sekolah Henry Gurney Negeri Sabah. Program ini merupakan jalinan kerjasama di antara Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersama Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis pentauliahan itu, pelajar dari Sekolah Henry Gurney (Wanita) Kota Kinabalu dan Sekolah Henry Gurney Keningau telah menerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di mana 26 orang pelajar merupakan penerima pingat Tahap Perak dan 70 orang pelajar penerima pingat Tahap Gangsa. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Harun Bin Che Su, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh KP Jamaludin Bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, TKP Hj. Suria bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah / W.P Labuan dan En. Nor Rijam Bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
|