| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Orang Diparol (ODP) Bersama NGO, Majikan Dan Komuniti Setempat di Taman Pengkalan Indah, Kangar Perlis

Pada 12 November 2015 (Khamis), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Perlis telah mengadakan Program Jalinan Kasih Orang Diparol (ODP) Bersama NGO, Majikan Dan Komuniti Setempat di Taman Pengkalan Indah, Kangar Perlis. Program ini diadakan bertujuan membantu ODP dalam menyesuaikan diri untuk hidup dalam masyarakat dan membina stigma positif dalam diri. Antara pengisian program adalah aktiviti sesi dialog Pengarah Penjara Negeri Perlis bersama ODP, NGO, Majikan dan Komuniti Setempat, gotong royong membersihkan kawasan persekitaran dan aktiviti memasak Bubur Assyura. Program ini juga telah diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Dr. Shahidan b. Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Arau yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pok dan Kassim. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi berjalan dalam suasana meriah dan berakhir pada jam 2.00 petang.