04 Februari 2014, YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan kerja bersama Dato' Dr. Sharif bin Haron, Ketua Pengarah MARDI ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan. Sesi lawatan tersebut turut disertai Lt. Jen. Dato' Pahlawan Dr. William R. Stevenson, Ketua Eksekutif Malaysian Institusi of Defence and Security (MIDAS),YBhg.Dato' Dr. Baharom Bin Jani, Pengarah National Strategic Unit (NSU), YBhg. KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan, TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti bersama rombongan lawatan seramai 70 orang. Tujuan lawatan tersebut untuk meninjau aktiviti pertanian serta perikanan yang diusahakan bersama MARDI semenjak PPP ditubuhkan. Taklimat operasi telah disampaikan oleh TPP Wan Rosli Bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Gemas dan disusuli taklimat oleh Encik Md Yazid bin Md. Ali, Penyelaras Projek MARDI berkenaan projek pertanian dan perikanan di PPP Gemas. Program diteruskan dengan lawatan ke tapak projek bagi meninjau perkembangan projek pertanian dan perikanan serta ke tempat pengumpulan hasil.
|