Pada 13 Februari 2014 (Khamis) telah berlangsung majlis pendaftaran seramai empat orang penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu sebagai Pelajar OUM Sesi 2014. Pihak OUM diwakili oleh Encik Lamjin bin Atoh, Pengarah Open Universiti Malaysia (OUM) Sabah. Turut hadir bersama menyaksikan majlis pendaftaran tersebut ialah PKK Suria Bin Hj Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu serta beberapa orang guru Sekolah Integriti Kota Kinabalu. Program ini merupakan inisiatif ke arah transformasi pendidikan kepada penghuni penjara yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Pelajar tersebut mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak Sabah Credit Corporation yang melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada penghuni penjara dan memberikan mereka peluang kedua untuk membuktikan kejayaan di bidang akademik.
|