| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Penjara Siri 2/2014

PULAPEN Johor dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah menganjurkan Kursus Hak Asasi Manusia Untuk Pegawai Penjara Siri 2/2014 pada 7 hingga 9 Mei 2014. Kursus ini telah diadakan di Hotel Seri Warisan Taiping Perak dengan dihadiri seramai 29 orang kakitangan daripada seluruh institusi penjara.


Antara objektif utama kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai hak asasi manusia mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia serta Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan juga hak seorang Pegawai Penjara dan banduan sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Penjara 1995 dan Peraturan Peraturan Penjara 2000. Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh En Abdul Rahman bin Abdullah daripada SUHAKAM dan PKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Jabatan selaku tenaga penceramah.