5 Mei 2014, Jabatan Penjara Sungai Buloh telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Mei 2014. Seramai 153 pegawai yang menerima kenaikan Pangkat Time Based Berasaskan Kecemerlangan dan juga pengesahan pangkat Inspektor Penjara Turut disertakan acara penyampaian Sijil Jawatankuasa 5S bagi peringkat Penjara Sungai Buloh. Acara bermula seawal jam 06.45 pagi di padang kawad Penjara Sungai Buloh. Penyampaian pangkat disempurnakan oleh TKPj Narander Singh, Pengarah Sungai Buloh bersama PKP Sobri bin Saad dan PP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar.
|