| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelajar Shg Melaka Sertai Kursus Jangka Pendek Pembuatan Roti Dan Pastri

Pada 12 - 14 Ogos 2014 telah diadakan Kursus Jangka Pendek Pembuatan Roti dan Pasti yang disertai seramai 20 orang penghuni wanita Tun Teja dan 5 kakitangan wanita SHG Melaka. Program ini dianjur  dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera melalui program tanggungjawab sosial dan korporat. Program ini bertujuan memberi pendedahan serta membolehkan penghuni menjana pendapatan sendiri apabila dibebaskan kelak. Sepanjang kursus selama tiga hari ini yang diseliakan oleh oleh Chef Philip (Chen Lip Lip) dari Butter & College of Baking And Culinary Arts, penghuni telah diberi pendedahan dalam pembuatan Chocolate Chips, Cheese Com Muffin, Spiral Tart, Spring Onion Bun, Cornflake Bun, Roti Banggali dan lain-lain lagi. Di akhir kursus ini,  Pengarah Eksekutif  Pn Zuraida Bt Rashid dari Butter & College of Baking And Culinary Arts mengiringi  Pengerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera YM Raja Azura bte Raja Mahayuddin hadir di majlis penutup dan penyampaian sijil.