13 dan 14 Ogos 2014, Unit latihan Penjara Seberang Perai telah menganjurkan Latihan Menembak Siri 5 & 6/2014 kepada anggota Penjara Seberang Perai bertempat di Lapangsasar Batalion 2, PGA Kulim Kedah. Seramai 95 anggota telah dipilih untuk menjalani latihan menembak ini dan sebagai persediaan mereka telah menghadiri Kursus Teori Senjata Api yang diadakan pada 11 Ogos 2014. Latihan diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam penggunaan senjata api yang berkait rapat dengan tugas harian anggota penjara.
|