| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Komisi Pengawasan dan Perlindungan Anak Daerah Kepulauan Riau ke SHG Melaka

Pada 24 Ogos 2014 Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima kunjungan lawatan empat orang delegasi Pengawasan dan Perlindungan Anak Daerah (KPPAD) Kepulauan Riau Indonesia yang diketuai oleh En Eri Syahrial M.Pdl  iaitu Ketua KPPAD Kepri.  Lawatan ini adalah bertujuan untuk bertukar fikiran  dan melihat sistem pemulihan yang dijalankan di institusi ini. Rangka lawatan dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh KIP Azman bin Mat Yashim serta diadakan juga sesi perbincangan dan soal jawab yang turut disertai oleh PKP Lim Kim Mooi  Pengarah Sekolah Henry Gurney Melaka.