| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Mesra bersama Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA)

28 Ogos 2014 - Satu Majlis Jalinan Mesra Bersama Banduan anjuran Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA)  dengan kerjasama Penjara Sandakan telah berlangsung di bilik Pemulihan Penjara Sandakan. Penjara Sandakan diwakili TPP Muhammad Khalid manakala Sandakan AIDS Support Group Association  (SAGA) diwakili  Dr.Zaiton Yahya, Presiden SAGA,  dan Encik Parimelazhagan Ellan, Pengarah Program  MAC. Turut hadir di majlis tersebut ialah kakitangan hospital dan keluarga penghuni HIV. Antara objektif program ialah memberi sokongan moral kepada penghuni bersama keluarga tercinta.