Majlis Sambutan Hari Penjara Ke - 224 Peringkat Institusi Penjara Reman Johor Bahru telah diadakan pada 6 November 2014. Pengisian majlis antaranya perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada 30 pegawai / anggota serta kakitangan awam, pembakaran artikel larangan dan program gotong royong di kawasan penjara. Program lain yang diaturkan bersempena dengan sambutan Hari Penjara juga ialah majlis bacaan Yassin, doa selamat, solat hajat serta ceramah oleh Ustaz Fairuz bin Ali Akhbar dari Jabatan Mufti Johor pada 4 November 2014 manakala beberapa acara sukan seperti pertandingan Sepak Raga Ratus, Street Soccer dan Boling antara platun telah diadakan pada 3 dan 5 November 2014.
|