Pada 4 hingga 23 November 2012 Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi telah menganjurkan Program Kerjasama Teknikal Malaysia yang dikenali sebagai MTCP dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri. Program ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta dari dalam dan luar negara. Antara negara-negara yang telah menghantar perserta untuk menghadiri kursus ini ialah Brunei, Indonesia, Filipina, Maldives, India, Uganda, Tanzania, Fiji, Solomon Islands dan Australia. Penyertaan dari Malaysia terdiri daripada Jabatan Penjara Malaysia, PDRM, Jabatan Imigrisen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM ). Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.
|