Kuala Terengganu,26 Januari 2013 - Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama penduduk setempat telah mengadakan Program Amal Gotong-royong membersih kawasan dan mengecat kediaman mangsa kebakaran, En. Abdul Aziz bin Embong di Kampung Banggol Karah, Serada Pulau Manis, Marang, Terengganu. Program tersebut telah disertai oleh Kakitangan Parol Kuala Terengganu serta dibantu oleh 4 Orang di Parol ( ODP ) dan 6 Penghuni Rumah Perantaraan Negeri Terengganu dan juga penduduk setempat. Tujuan program diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pesalah dan bekas pesalah yang mengikuti program pemulihan diluar Penjara dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Diharapkan agar melalui program-program seumpama ini dapat mengubah persepsi dan pandangan negatif masyarakat terhadap bekas banduan.
|