Program Penanaman 1Juta Pokok dan Mengecat Tembok Penjara Kajang telah berlangsung pada 16 Mac 2013 di Dewan Kelab Penjara Kajang. Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato? Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional). Program ini dihadiri seramai hampir 400 peserta terdiri daripada skuad muda daripada Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan Kompleks Penjara Kajang. Atucara program didahului dengan penanaman pokok dan mengecat tembok Penjara Kajang. |