Majlis Makan Malam Sambutan Hari Keluarga dan Meraikan Persaraan Kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan 26 April 2013 ( Jumaat ) bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Tetamu jemputan pada malam tersebut ialah KPj Jamaluddin bin Saad, Pengarah Pengurusan Banduan dan PKK Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Sabah. Majlis pada malam tersebut turut dihadiri oleh tetamu daripada EXPOAM Negeri Sabah. Majlis ini turut memberi penghargaan kepada pegawai penjara yang bersara iaitu Sjn Penjara Dora Masudal, Kpl. Jaat Ekang dan Kpl. Jais Jipanin.
|