| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Kesedaran Dan Pencegahan Bahaya Dadah Dan Hiv/Aids Bagi Penghuni Dan Kakitangan Penjara Kluang Anjuran Bersama Unit Pemulihan & Rawatan Penjara Kluang Dan Harapan Komuniti Berhad

Bertempat di Dewan Mini PPI, Penjara Kluang, Unit Pemulihan dan Rawatan dengan kerjasama daripada Harapan Komuniti Berhad telah mengadakan Bengkel Kesedaran Dan Pencegahan Bahaya Dadah Dan HIV / AIDS bagi penghuni penjara serta kakitangan Penjara Kluang bermula pada 08 Mei 2013 hingga 09 Mei 2013.


Bengkel telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi bagi penghuni telah diadakan pada 08 Mei 2013 dan telah dihadiri seramai 50 orang penghuni manakala sesi bagi kakitangan penjara diadakan pada 09 Mei 2013 yang telah dihadiri seramai 30 orang kakitangan. Ceramah-ceramah kesedaran dan pencegahan bahaya dadah dan HIV/AIDS telah disampaikan oleh En. Alex Soosay dan Cik Esther daripada Harapan Komuniti Berhad.


Penganjuran bengkel ini diharap dapat memberi kesedaran serta pengetahuan kepada penghuni serta kakitangan penjara tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta bahaya penyakit seperti HIV/AIDS kesan daripada mengamalkan gaya hidup tidak sihat dan berisiko.