9 Julai 2013; Jabatan Penjara Malaysia telah dianugerahkan pensijilan Information Security Management System (ISMS) daripada SIRIM pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Auditorium Blok D8, Putrajaya. Anugerah disampaikan oleh Encik Zakaria bin Mohd Nor, Ketua Seksyen Elektrikal dan Elektronik SIRIM yang turut disaksikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Kementerian Dalam Negeri. Skop ISMS Jabatan Penjara Malaysia merangkumi Pengurusan Pusat Data Jabatan Penjara Malaysia bagi pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Pesalah (SMPP) yang melibatkan aktiviti pengoperasian dan penyelenggaraan ini berkuatkuasa dari 30 Mei 2013 hingga 29 Mei 2016.
|