Khamis 25 Julai 2013 bersamaan 16 Ramadhan 1434 H bertempat di Surau Penjara Wanita Kajang telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Perdana Nuzul Al-Quran peringkat penghuni. Seramai 49 orang banduan muslim telah dipilih untuk menghadiri majlis ini dan 6 diantaranya telah berjaya Khatam Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran telah diketuai oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Wanita Kajang Ustazah Dazilawati Binti Daud. Manakala Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizan Bin Muhammad Idris pegawai daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk "Syoknya Ramadhan".
|