Pada 24 Julai 2013, Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah mengadakan Program Ihya Ramadhan Bersama ODP / Bekas ODP / PKW serta keluarga dan Penduduk Taman Bakau Emas di Rumah Perantaraan Negeri Perlis. Program ini bertujuan untuk mendapatkan keberkatan bulan ramadhan Al-Mubarak, mengeratkan silaturrahim dan memberi peluang kepada ODP / Bekas ODP / PKW menyesuaikan diri dengan masyarakat.. Diantara aktiviti yang diadakan ialah tazkirah ramadhan , majlis berbuka puasa dan sembahyang berjemaah.
|