4 September 2013 , Majlis Malam Mesra Aidil Fitri Penjara Reman Johor Bahru telah diadakan bertempat di perkarangan Penjara Reman Johor Bahru. Majlis telah dihadiri tetamu jemputan antaranya Pegawai Konsulat Indonesia di Johor Bahru, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ahli DPAS Johor, pesara-pesara jabatan, Guru Penyelaras serta Ahli Kadet Koreksional Sekolah Menengah Sultan Ismail ( SSI ) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar ( EC ) serta kakitangan dan keluarga. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu-lagu karaoke hari raya, cabutan bertuah dan penyampaian duit raya serta goodies kepada anak-anak kakitangan.
|