26 November 2013 : Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad (DDM) telah menerima lawatan daripada Majlis Peguam Negeri Melaka seramai 17 orang. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat tentang Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad oleh TPP Mohamed Bin Ali dan taklimat Parol & Pusat Kehadiran Wajib Oleh TKPJ Abdul Aziz Bin Mohamad. Selesai taklimat, pelawat dibawa melawat ke sekitar kawasan agro dengan menaiki tren. Lawatan berakhir dengan penyampaian cendera hati dan jamuan.
|