| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives Ke Bukit Wira

Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira  telah menerima kunjungan  daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Maldives, Cik Aishath Shaan Shakir pada 30 Januari 2012 . Ketibaan beliau disambut oleh KPj Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan,Pengarah-Pengarah Bahagian dan pegawai-pegawai  kanan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.Pertemuan adalah untuk  membincangkan mengenai sistem parol yang diguna pakai di Malaysia dan cadangan untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara dan Perkhidmatan Pemulihan Republik Maldives ke Jabatan Penjara Malaysia. Kunjungan ini juga  mampu menjalinkan kerjasama dua hala yang baik untuk kedua belah  pihak.